Make your own free website on Tripod.com

Wawancara dengan Cikgu Majid Mat Isa

Berikut saya paparkan sedutan wawancara saya(verbatim) dengan Cikgu Majid Mat Isa di rumah beliau di Gurun, Kedah pada 5 Januari 2003 (SELEPAS SAYA INTERVIU CIKGU AWANG DAUD)

Saya mula-mula belajar Gayong pada 1956 melalui Meor Abdul Aziz, abang Dato’ Meor Abdul Rahman. Ketika tu Dato’ Meor masih berada di Singapura. Saya belajar tangan kosong di Gurun. Sukatan pelajaran belum ada lagi masa tu.

Lepas senaman panaskan badan, buat regangan dan lain-lain, diajar tumbuk pintal tali, pancung dayung dan lain-lain.

Dia(jurulatih) mengajar, dia suruh kita tumbuk, dia elak, elak, elak. Sat lagi dia pulak tumbuk, kita pulak elak, elak, elak (ketawa).

Bila dia tengok dah cukup boleh elak, elak; sekarang dia kata, tumbuk, tangkap, kunci pulak. Tangkap sikit-sikit aja (bukan tangkap penuh).

Tapak Gayong ada tujuh biji buah tangkapan. Kalau dulu dia ajar buah satu tu seminggu hingga dua minggu. Bagi cekap dulu buah satu. Hari-hari belajar. Malam. Lepas Isyak sampai tengah malam.

Habis tujuh biji buah. Cukup. Itulah Tapak Gayong dia kata. (Pentas?) Tak dak. Lepas tu dia kata, sekarang kamu dah boleh Tapak Gayong. (Pecahan Tapak?) Pun tak dak.

Lepas Tapak Gayong, akan diajar Seni Gayong. Sebelum belajar Seni Gayong, kena mandi seni dulu. Penuntut akan diajar Senaman Anak Harimau sebelum pentas.

Lepas tu tangkap. Lepas tangkap bukak. Dulu ini dinamakan Gulung. Bukannya Pentas. Buah Gulung Hidup, dia kata. Tangkap buah satu, dia pusing balik, dia gulung, sampai tujuh biji. Habis. Mainlah satu buah Gulung dia kata. Habis pelajaran.

Dia(gurulatih) cukup susah nak bagi (pelajaran). Bukan macam la ni. Kalau dulu sebulan sebiji aja. Buah Tapak Gayong belajar enam bulan hingga setahun lebih. Kira saya tahun 1956, sehingga tahun 1958 baru saya boleh main Gulung. Tahun 1959 baru dia(Dato’) ambil saya di Singapura, baru belajar main senjata. Main Keris.

Dia (arwah Dato’ Meor) mai Kedah tahun 1959, bersama dengan Dato’ Onn. Mula-mula dia datang tu 1958. Dia datang mai meninjau dulu. Dia balik dia ajak Dato’ Onn ke Kedah.

Masa tu hari sukan. Sekolah tu minta kita buat persembahan. Persembahan tu depa buat pentas, semua eloklah kan? Malam main. Atas pentas. Kenakan tiket kepada siapa nak pi tengok. Ramai yang tak biasa tengok Gayong main kan? Singapura tak main. Masa tu gelanggang semua tertutup. Kalau hang Tapak Gayong, tak boleh tengok latihan orang Seni Gayong. Orang Seni Gayong bolehlah tengok orang Tapak Gayong. Bengkung tak ada lagi masa tu.

Tapak Gayong belajar dengan Cikgu Ismail Mansor. Lepas tu pelajaran habis, saya dibawa ke Singapura untuk berlatih bermain keris. Saya dikhatamkan (Keris dan Lembing) di air terjun Kota Tinggi. Seni Keris hanya diajar tikaman sahaja(pentas), bukan tangkapan. Tangkapan dia tak ajar masa tu. Saya tahun 1964 baru diajar tangkapan senjata, bagaimana menentang serangan bersenjatakan keris. Sebelum tu Cuma diajar pentas (permainan) sahaja. Keris 1, Keris 2, Pisau 1, Pisau 2 diajar sekali. Pelajaran Pisau - 1 dan 2 sahaja. Tangkapan pisau dan keris cuma 7 biji.

1973, masa tu Cikgu Ahmad Lazim telah dipanggil balik dari Kelantan (kerana sesuatu sebab). Balik mai ke Kedah. Kemudian kita nak tarik begitu sahaja ada komplot di Kelantan yang sukakan Cikgu Ahmad Lazim. Beritahu kepada ahli Gayong Kelantan, mata pelajaran Gayong akan di “upgrade” kan. Cikgu Ahmad Lazim diminta balik ke Kedah untuk ambil kursus balik.

Antara yang terlibat susun pelajaran ialah saya sendiri(Cikgu Majid), Cikgu Awang Daud, Cikgu Siti Kalsom dan Cikgu Md. Khir Saad.

Buat pertunjukan pelajaran baru kepada murid-murid Gayong di Kelantan. Susun semula pelajaran di Taiping. Cikgu Awang Daud gantikan Cikgu Ahmad Lazim mengajar di Kelantan.

“Majid, kau kuminta gubahkan pelajaran,” kata Dato’ Meor. Apa yang saya dapat kat dia lah kan, pelajaran yang ada kat saya. Yang mana dia bagi kat saya semasa di Singapura dulukan, saya susunlah. Ini buah 1 hingga 21. Dato’ terus luluskan. Lepas tu besok main pentas pulak. Buah 1 sampai 21 bukak. Main pisau pulak, pecahkan sampai 21.

Rombongan pergi ke Kelantan buat persembahan di Pasir Putih. Pergi dengan dua buah kereta. Di Pasir Putih, pergi ke rumah Tuan Haji Hamid Kelantan, Yang Dipertua Gayong Pasir Putih dulu.

Kita kata kita nak tinggalkan Cikgu Awang untuk mengajar di Kelantan. Kemudian, sekarang ni kita nak buat pertunjukanlah pelajaran baru ni. Bagi tahu semua. Di padang sekolah agama. Orang Kelantan kata tak apalah.

Bila ahli semakin ramai, Cikgu Awang minta pembantu. Maka Haji Harun dihantar membantu.

Dulu gelanggang (di Gurun) ni duduk depan sana, dekat pokok setoi.

Di Singapura, Dato’ yang mengajar. Selain itu, Cikgu Nordin Perlis, Cikgu Sidek Perak, Cikgu Atan Melaka. Kesemuanya adalah askar British di Singapura. Tahun 1962, barulah Cikgu Awang masuk Gayong.

Pelajaran senjata habis diturunkan di Singapura. Pelajaran Cindai diturunkan di Kota Sarang Semut, tahun 1964. Sebelum guru dari Singapura berlatih, Dato’ ajar saya dulu pelajaran Cindai. Cikgu Siti Aisyah belajar Cindai di Singapura.

Pelajaran Kosong ke Putih: Kunci Mati 1-14, Pentas 1-7, kombat. Tiada sparring.

Pelajaran Putih ke Hijau: Kunci Mati 15-21. Ujian 5 tangkapan diuji. Sebut nombor. Buah pecahan 7 x 7 biji.

Pelajaran Hijau ke Merah: Pisau(21 biji), Simbat(21 biji) dan Parang(14 biji). Tiada sparring.

Pelajaran Merah ke Kuning: Parang, Keris dan Lembing.

Pelajaran Kuning ke Hitam: Cindai (21 biji), cindai dengan parang, pemusnahan(pecah bata), terjun atas kaca, jalan atas bara api, mandi minyak panas, bengkok besi panas dengan gigi. Pelajaran selain daripada di atas adalah selingan.

Pelajaran Hitam – kebatinan. Misalnya, Qulhuwallah 70,000 kali.

Saya (Cikgu Majid) dapat:

Keris – 17 biji kunci mati, 21 biji buah pentas.

Pisau – 17 biji kunci mati, 21 biji buah pentas

Parang – 17 biji kunci mati, 21 biji buah pentas

Simbat – 17 biji kunci mati, 21 biji buah pentas

Lembing – 7 biji kunci mati, 21 biji buah pentas

 

 


Bersama Mahaguru Dato' Meor Rahman di Taiping, Perak

 
Seni Tari Solo

 
Seni Cindai...

 

Majid Gayung Bukan Kaki Gaduh

Pusaka Gayung Lahir Bagi Menegak Maruah