Make your own free website on Tripod.com

Wawancara dengan Cikgu Awang Daud

Berikut saya paparkan sedutan wawancara saya(verbatim) dengan Cikgu Awang Daud di rumah beliau di Kg. Sg. Ibor, Gurun, Kedah pada 5 Januari 2003.

“Tentang pelajaran, yang saya belajar dekat Dato’ Meor buah tangkapan 1-7, kombat 1-7, pentas 1-7. Semua ada tujuh, tujuh, tujuh. Bila dah ada tujuh-tujuh tu, masa kursus jurulatih yang pertama, tahun 1973 di Taiping, Dato’ Meor suruh saya dengan Cikgu Majid, yang 7 semua jadikan 21. Kalau jurulatih sekarang ni kata dia pakar sampai 21, buah dia dapat (daripada Dato’ Meor) 21 biji, semua tu pelawak, pembohong! Baik Gayong Pusaka, Gayong Malaysia. Asalnya buah tangkapan, buah kunci ni 21 saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Buah pukulan 1 sampai 21, saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Semua daripada kami dua orang. Semua di bawah kami. Termasuk anak dia sendiri – Badek, Siti Kalsom. Semua di bawah kami.”

“Arwah Dato’ Meor dulu dia bagi 7 biji. “Awang, saya mahu awak dengan Majid jadikan 21,” kata Dato’ Meor. Bila jadi 21, ajar pada guru seperti Ahmad Lazim, Mat Putih, Kalsom, Badek, Sazali dan guru-gurulatih seluruh Malaysia. Semua turun ke Taiping tahun 1973. Kali pertama kursus gurulatih. Dan kali pertama juga dia isytiharkan talipinggang putih, hijau, merah, kuning dan hitam. Tahun 1973 lah yang mula-mula sekali buat bengkung.”

“(Semasa kursus gurulatih) Dato’ bagi orang lain bawa. Bawa dia orang ni gurulatih pergi jogging. Tinggal saya dengan Cikgu Majid. Masa itulah susun pelajaran.”

“Memang 7 biji tangkapan. Belum ada lagi 21. Pukulan pun sama. Kombat 7 biji dia bagi. Kombat dia bagi kat saya di Singapore. Sebab di Singapore masa tu ada navy (naval base). Pangkalan navy di Woodlands. Semua bangsa ada. Mat Saleh, Korea, Jepun, India. Dia (Dato’) suruh saya mengajar navy. Dia kata hak silat jangan mengajar. Ajar kombat 7 biji aja. Kombat aja. Tahun 1961. Saya mengajar di Woodlands, Singapore. Memang kombat dia lain sikit daripada Cikgu Majid. Buah tangkapan semua sama (dengan Cikgu Majid). Saya dapat semua sama.”

“Hussain Kaslan, saya kenal dia tahun 1960 di Singapura. Sampai tahun 1963.”

“You tengok Pasak Singapore main dengan Kedah. Style Kedah main, dia ada lain sikit. Singapore dia main style lain, style zaman dulu. Style zaman tahun 1960-an. Zaman saya berlatih dulu. Saya tengok baru-baru ni, semasa lepas raya dia (Pasak) buat demo di Hotel Hyatt. Dia orang buat demo. Dia masuk tikaman yang pertama, saya dah tahu. Saya boleh baca dah satu sampai tujuh buah yang dia orang main. Memang buah tu aja. Tak payah saya tunggu sampai habis. Buah dulu-dulu. Memang dia main buah dulu-dulu. Buah tu memang saya belajar dulu. Memang saya tahu. Tak usah tipu. Bila anak murid dia main buah yang pertama, saya tau dah. Kejap lagi buah ni. Kejap lagi buah tu. “Betul tak saya kata?” Saya cakap dekat orang rumah saya, “Tengok, kejap lagi dia main buah ni, buah keris ya! Awak cuba tengok buah dua. Buah macam ni nanti. Baik yang main keris, tangan kosong, parang-rantai, main parang… Old punya. Buah dulu-dulu. Tapi bila dia orang tengok saya dengan anak-anak buah saya, termasuk guru-gurulatih sini main, bila orang-orang Singapore tengok kita main, dia kata, “Wow, macamana Cikgu, yang ini lain. Best lah buah ni. Minta Cikgu turunkan di Singapore. Satu minggu latih kami balik”

“Karate saya belajar, taekwondo saya belajar, judo saya belajar, wushu saya belajar, shaolin saya belajar, boxing Siam saya belajar. Sampai ke Bangkok. Atas daripada Bangkok lagi saya masuk bertanding.”

“Silat kita memang terbaik, tetapi orang kita tak ada latihan. Cuba silat kita dapat kepada orang asing. Dah lama berkembang. Lebih daripada ini lagi.”

“Cuba Tanya Cikgu Majid. Dulu berlatih hari-hari. Lepas enam bulan, buat ujian.”

“Kita jadi guru silat atau kita jadi pesilat, kita jangan fanatik hanya silat kita yang terbaik. Silat olahraga ni cara kedudukan dia, cara dia serang, cara permainan, cara diri, cara dia punya art, dia semua tiru karate dengan taekwondo…Silat olahraga ialah silat yang dicipta oleh kerajaan untuk menghapuskan silat Melayu. Jangan marahlah…”

“Yang zaman sekarang ni, anak-anak muda mahu yang mana? Dia mahu speed. Kita main kita tengok keadaanlah. Jet Li main macamana? Jacky Chan main macamana? Bukannya lawa tapi buah dia OK juga! Jet Li kita tengok dia main serius. Lepas tu kita tengok Chuck Norris main. Lepas tu kita tengok yang lain-lain main. Kita bezakan. Saya biasa discuss dengan arwah anak saya (Cikgu Zulkarnain). Main berpasangan dengan dia dari pukul 8.00 malam sampai pukul 2.00 pagi. Tapi jadikan lebih bagus daripada yang lain-lain. Kita gabungkan semua sekali…”

“Di Kelantan, saya buka Martial Arts. Saya try buka Martial Arts dua bulan. Silat-silat Gayong dan gelanggang-gelanggang silat semua tutup habis. Lari ke Martial Arts. Sebab dia tengok ada pembaharuan. Tapi Cikgu Majid kata, “Tolong tutuplah Martial Arts. Kalau buka Martial Arts, habislah silat…” Betul.”

"Antara Gayong Pusaka dengan Gayong Malaysia, main lain. Bukan bermakna Gayong Pusaka lebih pandai. Gayong Malaysia pun anak murid saya. Tetapi kerana belajar tak habis. Tak sempat habis, Gayong dah pecah dua. Jadi dua pertubuhan."